Dasar Privasi Lever & Loop
Dikemas kini: 16 September 2026
Lever & Loop menghormati privasi anda. Dasar ini menerangkan maklumat yang kami kumpulkan apabila anda membeli atau menggunakan LoopLead serta cara maklumat tersebut digunakan.
Maklumat yang dikumpulkan
Kami mungkin mengumpulkan nama, alamat email, nombor telefon, butiran pesanan dan bayaran, serta maklumat akaun dan prospek yang anda masukkan ke dalam LoopLead.
Cara maklumat digunakan
Maklumat digunakan untuk memproses bayaran, mengaktifkan akses, menghantar kod OTP, menyediakan fungsi LoopLead, menambah kredit AI, memberi sokongan dan melindungi sistem daripada penyalahgunaan.
AI Assist
AI Assist adalah pilihan. Hanya perbualan yang anda masukkan sendiri akan dihantar kepada penyedia AI untuk menghasilkan analisis dan cadangan balasan. Jangan masukkan nombor kad, kata laluan atau maklumat sensitif. Teks perbualan tersebut tidak disimpan sebagai rekod prospek dalam LoopLead.
Penyedia perkhidmatan
Kami menggunakan penyedia yang diperlukan untuk operasi seperti WooCommerce, ToyyibPay, perkhidmatan hosting, email dan penyedia AI. Setiap penyedia memproses maklumat mengikut fungsi dan dasar privasi masing-masing.
Tempoh simpanan dan keselamatan
Maklumat disimpan selama diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan, menyelesaikan pertanyaan, memenuhi kewajipan transaksi dan menjaga keselamatan sistem. Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat daripada akses tanpa kebenaran.
Hak dan pertanyaan anda
Untuk meminta pembetulan atau penghapusan maklumat yang tidak lagi diperlukan, hubungi support@leverandloop.com.
Perubahan dasar
Dasar ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan dipaparkan di halaman ini.